Objek dipercayai tangki minyak yang besar dan berbentuk agak pelik yang terdampar pantai Kampung Jawa, di sini, sejak Sabtu lalu menimbulkan tanda tanya penduduk sekitar.
Penemuan itu tular di kalangan penduduk namun mereka sendiri tidak pasti apa objek itu sebenarnya dan dari mana ia dihanyutkan sebelum terdampar.
Seorang penduduk, Zarkasyi Chepa, 43, berkata, objek itu dilihat terapung menghampiri pantai petang Jumaat minggu lalu.
Menurutnya, pada pagi Sabtu penduduk kampung terkejut apabila ia terdampar di gigi air.
"Kami pergi tengok untuk pastikan objek pelik itu dan mendapati ia diperbuat daripada besi padu.
"Kami juga dapat tahu objek sama turut ditemui di pantai Jalan 7 dan ada minyak diesel di dalamnya," katanya semalam.
Zarkasyi berkata, mereka percaya objek itu tangki minyak cuma tidak tahu dari mana ia dihanyutkan.
Katanya, musim ombak besar ini memang sudah menjadi kebiasaan pelbagai objek terdampar di pantai dibawa ombak.
0 comments:
Post a Comment