Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 4, 2017

[RAUB] 36 MANGSA BANJIR MASIH DIPUSAT PEMINDAHAN



Banjir baru


Jumlah mangsa banjir yang berada di tiga pusat pemindahan sementara ekoran kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di Raub menurun kepada hanya 36 orang daripada sembilan keluarga terjejas sehingga jam 10 .45 pagi tadi berbanding 71 mangsa dilaporkan tengah malam, semalam.

Pusat pemindahan sementara di balai raya Kampung Ulu Sungai ditutup sepenuhnya jam 10.30 pagi tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusuf berkata, bilang mangsa yang berlindung di pusat sementara Surau RRM Cheroh 3, kekal 10 orang daripada dua keluarga manakala bilangan mangsa di Kuala Semantan juga tidak berubah, kekal 26 orang daripada tujuh keluarga.

"Keadaan dijangka bertambah baik apabila tiada hujan sehingga jam 11 pagi tadi manakala paras air sungai Lipis di Batu Malim juga kembali pada paras normal," katanya.

Sementara itu Beliau berkata, kerja-kerja membersihkan tanah runtuh yang berlaku di laluan ke Kampung Orang Asli Sungai kenit yang dimulakan sejak petang kelmarin masih dalam tindakan pihak Jabatan kerja Raya (JKR) hari ini.

Katanya, terdapat enam kawasan mengalami runtuhan menyebabkan 71 penduduk kampung berkenaan terputus hubungan sejak awal pagi kelmarin.


0 comments:

share2