Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob berkata Kerajaan Negeri Pahang
bersedia membatalkan projek pembalakan dan pembangunan di Hutan Merapoh, Lipis kerana
mengambil kira kepentingannya sebagai kawasan tadahan air.
Menteri Besar berkata pembatalan itu boleh dilakukan dan
akan dilakukan lebih awal sekiranya beliau dimaklumkan mengenai projek berkenaan
pada peringkat awal.
“Projek pembalakan di kawasan itu adalah di bawah Yayasan
Pahang (YP) manakala kerja pembangunan bagi membuka ladang kelapa sawit berlaku
di tanah milik Lembaga Kemajuan Pertanian Pahang (LKPP).”
"Pembalakan oleh YP itu duitnya digunakan untuk beri
biasiswa (kepada anak Pahang yang melanjutkan pelajaran). Tanah LKPP pula
diberikan pada tahun 1992. Sekarang ini masalahnya kita diberitahu lambat.”
"Kalau penting untuk kawasan tadahan air, kita boleh
batalkan untuk balak, LKPP cari kawasan lain untuk kelapa sawit... bukan payah
sangat sebab menteri besar ialah pengerusi YP dan LKPP," kata beliau.
Dato’ Sri Diraja Adnan
berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan
Pembangunan Sumber Galian di Malaysia. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
(NRE) Datuk Seri Dr Hamim Samuri turut hadir.
0 comments:
Post a Comment