Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 17, 2017

PERUNTUKAN RM10 JUTA BANTERAS DADAH - ZAHID


ZAHID HAMIDI


Kuala Lumpur - Kerajaan akan memberi peruntukan tahunan kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebanyak RM10 juta bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah dapat dikurangkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, RM5 juta daripada peruntukan itu akan diberi secara tetap kepada Persatuan Mencegah Dadah Kebangsaan (Pemadam) menerusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula tahun depan.


Katanya, baki RM5 juta lagi akan diperuntukkan kepada NGO-NGO, kelab-kelab antidadah di sekolah dan universiti.


“Mesti ada peruntukan daripada AADK diberikan kepada seluruh NGO seluruh negara. Peruntukan tanpa perlu surat permohonan sebanyak RM5 juta akan diberikan kepada Pemadam.


“Jika kes penyalahgunaan dadah gagal dikurangkan 50 peratus menjelang Disember tahun depan, saya akan tarik balik peruntukan itu daripada NGO-NGO semua,” katanya sewaktu berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan Pemadam Ke-42 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. 


Turut hadir Yang Dipertua Pemadam, Datuk Nur Jazlan Mohamed 


0 comments:

share2