Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 4, 2017

[KUANTAN] PERSIDANGAN PEMBANGUNAN SUMBER GALIAN DI MALAYSIA




Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja  Adnan Yaakob berkata Kerajaan Negeri Pahang bersedia membatalkan projek pembalakan dan pembangunan di Hutan Merapoh, Lipis kerana mengambil kira kepentingannya sebagai kawasan tadahan air.

Menteri Besar berkata pembatalan itu boleh dilakukan dan akan dilakukan lebih awal sekiranya beliau dimaklumkan mengenai projek berkenaan pada peringkat awal.

“Projek pembalakan di kawasan itu adalah di bawah Yayasan Pahang (YP) manakala kerja pembangunan bagi membuka ladang kelapa sawit berlaku di tanah milik Lembaga Kemajuan Pertanian Pahang (LKPP).”

"Pembalakan oleh YP itu duitnya digunakan untuk beri biasiswa (kepada anak Pahang yang melanjutkan pelajaran). Tanah LKPP pula diberikan pada tahun 1992. Sekarang ini masalahnya kita diberitahu lambat.”

"Kalau penting untuk kawasan tadahan air, kita boleh batalkan untuk balak, LKPP cari kawasan lain untuk kelapa sawit... bukan payah sangat sebab menteri besar ialah pengerusi YP dan LKPP," kata beliau.

Dato’ Sri Diraja  Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pembangunan Sumber Galian di  Malaysia.  Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Datuk Seri Dr Hamim Samuri turut hadir.

         

0 comments:

share2