Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 2, 2017

KHALID IBRAHIM MUNGKIN SERTAI UMNO?


 Khalid Ibrahim mungkin sertai Umno


Shah Alam - Teka-teki mengenai bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan memilih wadah bertanding dalam PRU14 mungkin bakal terjawab hari ini.

Persoalan mungkin bakal berakhir hari ini apabila Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuat naik sekeping gambarnya bersama Khalid di laman Twitternya sebentar tadi dalam majlis tertutup parti itu.

Ahmad Zahid memuatkan kapsyen berbunyi, "Tan Sri Khalid Ibrahim turut dalam majlis Konvensyen Umno Selangor di PWTC".

Adakah ia sebagai signal ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu akan menyertai Umno?

Khalid juga Adun Perlabuhan Klang dipecat PKR pada 2014 kerana dikatakan melanggar beberapa peraturan parti.


0 comments:

share2