Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 6, 2017

KELAKUAN DR M IBARAT BARAH





Kuala Lumpur: Perlakuan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melanggar prinsip Rukun Negara, ibarat barah yang dibimbangi menjangkiti generasi muda dalam membuakkan lagi perasaan benci dan dendam, seterusnya menjejaskan keharmonian negara.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, berkata tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu turut mengguris hati Sultan Selangor dan Sultan Johor.

Katanya, rakyat perlu melafazkan ikrar Rukun Negara dan mengamalkan prinsipnya, namun Dr Mahathir mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik beliau.

"Oleh itu, titah baginda Sultan Selangor dan Johor adalah amaran dan tindakan yang wajar diambil. Gesaan memohon beliau (Dr Mahathir memohon maaf mungkin tidak akan didengar selain tindakan undang-undang dikenakan," katanya.

Dalam temubual eksklusif bersama The Star menjelang sambutan Hari Keputeraan baginda ke-72 pada 11 Disember ini, Sultan Selangor bertitah, penggunaan isu sensitif dengan sengaja untuk memancing undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hanya akan menghancurkan negara.

Titah Sultan Sharafuddin, baginda tidak mahu melihat ahli politik bermain dengan isu perkauman, agama dan beberapa isu sensitif yang lain demi kepentingan politik.

Baginda dilaporkan bertitah, inilah sebabnya Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan tegas pada 10 Oktober lalu mengenai kontroversi kedai dobi hanya untuk pengguna Islam di Johor.

Sultan Sharafuddin juga kecewa apabila kenyataan pada 10 Oktober lalu itu, seolah-olah tidak diendahkan kerana satu lagi kontroversi perkauman tercetus beberapa hari selepas itu.

Baginda merujuk kenyataan Dr Mahathir pada perhimpunan 'Cinta Malaysia, Anti Kleptokrasi' pada 14 Oktober lalu di mana bekas Perdana Menteri itu menyamakan keturunan Bugis dengan lanun.

Banyak laporan polis dibuat ke atas Dr Mahathir, meminta agar beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.

Sultan Sharafuddin mengkritik Dr Mahathir kerana menyerang keturunan Bugis dalam perjuangan politiknya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Beliau dalam keadaan marah dan akan membakar seluruh negara dengan api kemarahannya," titah baginda menerusi temubual berkenaan.


0 comments:

share2