Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 14, 2017

[KUANTAN] KEBUN LOKASI NYAMUK MEMBIAK


Kebun lokasi nyamuk membiak


Kawasan kebun yang diusahakan berhampiran longkang dikenal pasti antara punca utama pembiakan nyamuk aedes di kawasan Taman Tas.

Selain itu, kebun mini yang diusahakan kawasan belakang dan halaman rumah juga turut menyumbang kepada masalah aedes.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata, hasil pemeriksaan di kawasan Taman Tas mendapati kebanyakan kebun yang diusahakan mempunyai air bertakung dan jentik-jentik.

Menurutnya, ruang lapang yang dibuat kebun menyebabkan pihak berkuasa sukar untuk membersihkan kawasan berkenaan.

“Mereka tidak menjaga kebun yang diusahakan dengan baik seperti terdapat bekas air yang bertakung yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Kami sukar untuk mengambil tindakan kerana tidak dapat mengenal pasti pemilik kebun berkenaan,” katanya pada Ops Gempur Denggi di Taman Tas, kelmarin.

Hadir merasmikan program, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuo'Norol Azali Sulaiman. Turut hadir, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail.

Dr Mohamed Sapian berkata, pihaknya juga mengenal pasti 74 rumah yang tidak didiami membabitkan 36 rumah boleh dimasuki (tidak berkunci) manakala 38 rumah berkunci iaitu mempunyai pemilik.

Bagaimana pun katanya, selepas disemak dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), daripada 38 rumah itu, hanya 17 rumah dikesan mempunyai pemilik dan selebihnya gagal dikenal pasti disebabkan pelbagai masalah.

“Operasi mencegah denggi ini akan dilakukan secara berterusan supaya kawasan ini tiada pertambahan kes.

“Sehingga minggu lalu, 100 kes dicatat di kawasan Taman Tas sahaja. Dalam masa sama, lima kawasan lain yang berisiko antaranya Taman Bukit Setongkol, Taman Seriku, Taman Sri Mahkota dan Cenderawasih,” katanya.

Sementara itu, Abdul Manan meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap penduduk yang tidak turun padang pada operasi itu.

Beliau berkata, kerjasama daripada penduduk amat kurang walaupun penganjur bertungkus-lumus mengadakan operasi berkenaan bagi membersihkan kawasan pembiakan nyamuk aedes.

“Operasi ini adalah kali ketiga diadakan dan penduduk seolah-olah tidak menghiraukan apa yang penganjur lakukan.


Tindakan pemilik rumah menakung air di dalam baldi menyebabkan pembiakan nyamuk aedes.


“Kita di sini untuk membantu mereka tetapi malangnya, mereka tidak turun padang,” katanya.

Pada operasi itu, kira-kira 1,000 sukarelawan terdiri daripada tentera, kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri.


0 comments:

share2