Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 5, 2017

PEMBANGKANG TAKUT MURID TAHU FAKTA SEJARAH MERDEKA





NAMPAKNYA pihak pembangkang semakin ‘panas’ apabila kutuk pertandingan anjuran Persatuan Sejarah Malaysia mengenai kisah sejarah kemerdekaan negara hasil daripada kejayaan UMNO.

Tindakan berselindung di sebalik nama sebuah organisasi bukan kerajaan, Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) jelas menunjukkan mereka mahu murid sekolah lupa sejarah sebenar kemerdekaan tanah air.

Justeru portal propembangkang aktif ‘putar belit’ objektif program itu yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) pada Selasa dan dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Ia mengulangi apa dilakukan pihak PAP yang memerintah Singapura selepas berpisah daripada Malaysia pada 1965 apabila mengubah fakta pulau itu daripada diasaskan Sang Nila Utama kepada ‘dibuka’ oleh Sir Stamford Raffles.


Begitu juga yang berlaku di Pulau Pinang apabila kerajaan negeri diterajui DAP cuba ‘padam’ sejarah sebenar pulau itu dibuka penduduk Melayu dan asalnya sebahagian Kedah kepada ditubuhkan oleh Kapten Sir Francis Light pula.

Hakikatnya sejarah tokoh UMNO, MCA dan MIC berjuang menuntut kemerdekaan negara ini merupakan fakta sejarah yang tidak boleh dipadamkan, kata Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii.

Beliau menjawab kritikan PAGE yang disiarkan portal antikerajaan apabila mempertikaikan persembahan kelas di sekolah terbabit yang melakonkan semula peristiwa penting menjelang detik kemerdekaan negara kita sendiri.




“Yang jadi pelik hari ini apabila ramai tidak boleh terima kenyataan kejayaan UMNO lawan Malayan Union dan bawa kemerdekaan,” ujarnya mengulas laporan PAGE tidak puas hati dengan acara persembahan berkenaan.

Menurut Razlan lagi, sekolah-sekolah di seluruh Putrajaya melaksanakan kempen sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2071 dan dengan mengenang budi dan jasa pemimpin-pemimpin lama pejuang kemerdekaan.

Beliau yang turut berada di sekolah tersebut ketika program berlangsung dan dihadiri pelbagai badan bukan kerajaan lain termasuklah wakil komuniti dan wartawan dalam acara yang dirasmikan Tengku Adnan sendiri.

“Setiap tahun apabila tiba bulan kemerdekaan, sekolah akan buat pelbagai aktiviti untuk semai sikap patriotik. Juga sejarah penentangan Malayan Union dan Tunku Abdul Rahman bawa rombongan kemerdekaan ke London.

“Ada sekolah yang melaksanakan program bercerita, bersajak, kuiz dan macam-macam lagi. Dan ini adalah sejarah kepada kejayaan Malaya melepaskan diri daripada cengkaman pembangkang tanpa menumpahkan darah.

“Adakah PAGE tidak boleh menerima sejarah Tunku Abdul Rahman dengan Tun V.T Sambathan dan Tun Tan Cheng Lock bersama memberi ucapan sebelum ke London dan peristiwa sekembali Tunku ke Malaya,” tegasnya.

Jelas Razlan kepada portal AgendaDaily, sejarah tersebut tidak boleh dipadam daripada kejayaan negara mencapai kemerdekaan daripada penjajah British. Beliau mengajak NGO propembangkang untuk belajar bersikap patriotik.

Semangat cinta negara tersebut ujarnya, semakin hilang dalam kalangan rakyat Malaysia akibat daripada permainan politik jijik pihak pembangkang sendiri sehingga sanggup berkata buruk terhadap negara mereka sendiri.

Tidak ada yang pelik sekiranya pihak sekolah melaksanakan program kemerdekaan dan ia adalah satu sistem demokrasi yang diamalkan di dalam pentadbiran negara sejak sekian lama.


0 comments:

share2