Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 5, 2017

[KUANTAN] MAJLIS RAMAH MESRA MB PAHANG BERSAMA-SAMA PERTUBUHAN BERDAFTAR


Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob  menyampaikan sumbangan berjumlah RM430 ribu kepada 43 persatuan orang ramai di Pahang.

Sumbangan RM10,000.00 untuk setiap persatuan yang layak adalah daripada Jabatan Perdana Menteri itu adalah untuk aktiviti membabitkan adalah  hal-hal mengenai pencegahan jenayah, penyalahgunaan dadah kebersihan setempat, dan kejiranan.

“Aspek yang ditekankan dalam pertubuhan ini, kita harap dengan sumbangan RM10,000.00 sedikit sebanyak kita boleh buat aktiviti yang boleh mengukuhkan perpaduan, dan mewujudkan satu suasana di kampung yang aman damai dan bebas dari jenayah,” kata beliau.

Menteri Besar berharap  peruntukan itu akan dapat diteruskan oleh Perdana Menteri dalam bajet yang ke hadapan sebab kali pertama diberikan adalah pada 2012, 2014 dan 2017 dan seterusnya berharap bantuan ini boleh diberikan secara tahunan kepada persatuan yang berkenaan.

    
         

0 comments:

share2