Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 15, 2017

[KUANTAN] KIRA-KIRA 3,000 MERIAHKAN HARI SUKAN NEGARA


Kira-kira 3,000 meriahkan Hari Sukan Negara


Kira-kira 3,000 peserta memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri 2017 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri di sini, semalam.

Kehadiran peserta terdiri daripada kakitangan jabatan kerajaan, penuntut institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah dan masyarakat setempat seawal 7 pagi untuk bersama-sama dalam acara senam robik bertajuk 'Lets Fit' bersama beberapa tetamu kenamaan.

Perasmian Hari Sukan Negara peringat negeri 2017 itu disempurnakan Exco Belia dan Sukan negeri, Dato' Mohd Johari Hussain.

Sebanyak 18 acara disediakan pada majlis tersebut yang bermula pada jam 8 pagi hingga 6 petang.

Antara aktiviti dianjurkan ialah bola jaring, bola sepak, panna, gusti lengan, petanque, ping pong dan futsal.


0 comments:

share2