Kira-kira 3,000 peserta memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri 2017 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri di sini, semalam.
Kehadiran peserta terdiri daripada kakitangan jabatan kerajaan, penuntut institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah dan masyarakat setempat seawal 7 pagi untuk bersama-sama dalam acara senam robik bertajuk 'Lets Fit' bersama beberapa tetamu kenamaan.
Perasmian Hari Sukan Negara peringat negeri 2017 itu disempurnakan Exco Belia dan Sukan negeri, Dato' Mohd Johari Hussain.
Sebanyak 18 acara disediakan pada majlis tersebut yang bermula pada jam 8 pagi hingga 6 petang.
Antara aktiviti dianjurkan ialah bola jaring, bola sepak, panna, gusti lengan, petanque, ping pong dan futsal.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor