KUALA LUMPUR, 3 Okt – Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, sudah sampai masanya penjawat awam ‘mengajar’ Dap bahawa kuasa rakyat adalah jauh lebih besar daripada wakil rakyat.
Jelas beliau, tindakan Dap yang sering menghina penjawat awam sudah pasti mencalar maruah mereka dan pilihan raya adalah medan terbaik untuk mengajar Dap agar jangan terlalu biadap dan mendongak ke langit.
“Ini bukan pertama kali pemimpin Dap menghina penjawat awam. Maruah penjawat awam diinjak-injak seakan mereka langsung tidak memberi sebarang makna sedangkan sudah pasti ada penjawat awam yang mengundi mereka pada setiap pilihan raya.
“Oleh itu, saya berharap dengan kejadian demi kejadian penghinaan ini akan membuka mata mereka untuk menilai siapakah sebenarnya yang sering menghargai penjawat awam,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Terang Fauzi, sikap pembangkang ini juga sebenarnya mencerminkan keperibadian pembangkang yang angkuh dan lupa daratan.
Ini jelas jauh berbeza dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menghargai penjawat awam dan ianya terbukti dengan pelbagai insentif yang diberikan kepada penjawat awam.
“Kita dapat lihat, setiap kali pembentangan bajet pasti ada insentif untuk penjawat awam malah bekas penjawat awam juga tidak dilupakan.
“Segala kebajikan penjawat awam dijaga dengan baik. Oleh itu saya menyeru agar penjawat awam membuka mata dan menilai dengan matang pihak manakah sebenarnya hanya bermain drama… mencari penjawat awam bila perlu sahaja.
“Bagi saya Dap sebenarnya adalah anti penjawat awam,” ulasnya lagi.
Baru-baru ini, Lim Kit Siang dilapor menggelar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai ‘monyet’
Lim membidas ketua pesuruhjaya itu dengan mengatakan semua mata turut memerhatikan suruhanjaya tersebut dan sama ada Dzulkifli dapat memimpin badan antirasuah yang bersih.
Lim dipetik sebagai berkata Dzulkifli harus menyedari bahawa jika beliau (Dzulkifli) bertindak seperti “monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak berbicara” mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti-rasuah kleptokratik pertama di dunia.
Untuk rekod, sebelum ini salah seorang pemimpin pembangkang pernah membuat kenyataan menyifatkan penjawat awam sebagai kucing kurap dan mahu mengurangkan penjawat awam sekiranya Dap memerintah negara.
Sumber
Sumber
0 comments:
Post a Comment