Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 11, 2017

DAP JANGAN LETAK PASIR DALAM PERIUK RAKYAT





Shah Alam – UMNO Bahagian Balik Pulau mempersoal dari mana kerajaan DAP Pulau Pinang hendak mendapatkan dana sejumlah RM46 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) termasuk projek terowong dasar laut.

Ketua Bahagian itu, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, mustahil untuk DAP meminjam wang sejumlah itu dari luar, selain membebankan generasi akan datang dengan hutang negeri yang banyak.

Katanya, penduduk yang tinggal di bahagian pulau hanya kira-kira 700,000 orang termasuk pelancong asing dan semua mereka selesa berulang alik dari rumah ke tempat kerja dengan kenderaan sendiri.

“Kerajaan DAP nak bina Sistem Transit Aliran Ringan (LRT). Saya hendak tanya, berapa partus rakyat Pulau Pinang akan menggunakan pengangkutan awam ini?

“Rakyat di pulau ada rumah, ada kereta dan motosikal. Hari hujan mereka naik kereta, hari panas naik motosikal. Saya nak tanya, apa pentingnya orang yang naik kereta dan motosikal nak naik LRT pula?

“Saya kira yang akan naik LRT hanya pekerja asing Bangladesh, Nepal, Vietnam dan India sahaja. Penduduk tempatan tidak akan menggunakannya kerana ia lebih membebankan dari segi kos perbelanjaan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 4th HKL Burn Seminar 2017 di Hall 2, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam di sini, hari ini.

Menurut Dr. Hilmi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, untuk melaksanakan projek PTMP, kerajaan DAP perlu mengambil tanah di selatan pulau itu terutama di kawasannya yang kaya dengan sumber laut seperti ikan, udang dan ketam.

Ujarnya, kalau kerajaan DAP mengambil tanah itu untuk infrastruktur berkenaan, apa akan terjadi dengan nasib kira-kira 4,500 nelayan.

“Di Pulau Pinang selatan ada 3,000 nelayan, di kawasan saya ada 1,500 nelayan. Apa mereka nak makan selepas ini? Bagi pampasan RM1 juta seorang pun tidak cukup kerana duit itu akan habis.

“Nelayan akan hilang pekerjaan, sumber laut akan terjejas. Sebab itu saya tidak setuju. DAP jangan buat kerja yang boleh menjejaskan pendapatan rakyat. Ini seolah meletakkan pasir dalam periuk nasi mereka,” katanya.

Beliau pelik dengan hasrat kerajaan Pulau Pinang yang mengumumkan bermacam-macam projek infrastruktur di pulau itu seperti LRT, MRT, jalan dan terowong dasar laut dengan kos kira-kira RM46 bilion.


0 comments:

share2