Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 11, 2017

TIADA 'BERITA BURUK' MALAYSIA DARI BANK DUNIA, MEDIA PEMBANGKANG BOHONG




Sebuah portal pro pembangkang melaporkan Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia pada 2018 dan 2019 menunjukkan pola penurunan tidak benar, kata Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) Datuk Eric See-To.

Ujarnya, surat tulisan 'Athena Athena' bertajuk 'Latest World Bank report bad news for BN' langsung tidak menyertai fakta dari Bank Dunia bahawa ekonomi Malaysia akan merudum.

"Daripada ayat pertama lagi, artikel berkenaan sudah silap. Pautan laporan Bank Negara diberikan pada ayat artikel tersebut tidak menyatakan apa-apa yang negatif terhadap Malaysia.

"Malah, satu-satunya perkara yang menyebut Malaysia pada pautan berkenaan adalah: "Thailand dan Malaysia dijangka akan tumbuh lebuh pesat daripada jangkaan, kerana eksport tinggi, termasuk pelancongan, untuk waktu sebelumnya, dan pelaburan meningkat lagi pada masa hadapan."

"Bagaimana pulaayat diatas dianggap sebagai "berita buruk bagi BN" adalah satu misteri besar," ujarnya dipetik satu kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai laporan media pembangkang mendakwa pertumbuhan Malaysia hanya tumbuh dibawah paras 5 peratus pada 2018 dan 4.8 peratus pada 2019, Eric menjelaskan ianya masih dianggap ekonomi baik.

"Lihat Singapura sebagai contoh, Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura sendiri menjangkakan pertumbuhan ekonomi mereka hanya 2 peratus hingga 4 peratus sehingga 2020 sementara Bank Pembangunan Asia meramalkan pertimbuhan Singapura 2.7 peratus pada 2018.

"Baru sahaja minggu lepas Bank Dunia mengadakan sidang media dimana diumumkan bahawa mereka telah menaiktaraf jangkaan pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk kali ke dua bagi tahun ini.

"Pada penghujung tahun lepas, Bank Dunia menjangkakan Malaysia tumbuh hanya 4.3 peratus bagi 2017. Mereka kemudiannya meningkatkan kepada 4.9 peratus pada Jun dan terus ditingkatkan kepada 5.2 peratus tahun lepas," jelas Eric.

Justeru Eric menyifatkan laporan oleh 'Athena Athena' ini sebagai memesong daripada fakta sebenar.

"Surat oleh "Athena Athena' bermotifkan propaganda memesong turut memutarbelit fakta apabila beliau menulis "kadar pengangguran golongan belia Malaysia melonjak kepada 12.1%" dan memberi pautan halaman statistik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Jika anda klik pautan diberikannya, anda akan melihat bahawa kadar pengangguran dunia adalah 13.56 peratus - menunjukkan Malaysia berada dibawah tahap global.

"Sementara kerajaan terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini, pengangguran belia pastinya bukanlah masalah unik di Malaysia malah ianya juga bukan isu baru - yang wujud sejak era Tun Mahathir lagi," jelasnya.

Tambah Eric, Malaysia sejak 2009 terus menunjukkan pola pertumbuhan positif sungguhpun baru sahaja mengalami krisis kewangan 2008 dan kejatuhan harga minyak sehingga 70 peratus yang sejak sekian lama menjadi komoditi eksport utama negara.

"Dalam tempoh 48 tahun sejak 1964 hingga 2011, pertumbuhan tahunan Malaysia mengatasi Singapura hanya lima kali sementara Singapura mengatasi kita 43 kali.

"Tetapi sejak 2011, pertumbuhan kita mengatasi Singapura selama 6 tahun berturut-turut - dan kita akan terus mengatasi mereka sekurang-kurangnya bagi tempoh dua tahun lagi sepertimana diramalkan oleh Bank Dunia.

5 kali untuk tempoh 48 tahun berbanding enam tahun berturut (turut) setakat ini. Anda kiralah sendiri. Keputusan tidak pernah berbohong," tegas Eric lagi.


0 comments:

share2