Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 24, 2017

TUN MAHATHIR ANGGAP AHLI PPBM SAMPAH




Kuala Lumpur - Ahli yang menentang dan enggan patuhi arahan dianggap sebagai sampah oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini terbukti dalan ucapan beliau dalam satu majlis di Bukit Merah Lake Town Perak, malam semalam.

"Kita (PPBM) sampah-sampah yang tak elok kita sapu lah keluar. Jika ada sampah yang keluar sendiri itu baguih (bagus)," katanya.

Apa yang menyedihkan penghinaan itu dizahirkan dari seorang yang bergelar Negarawan. Ini menggambarkan perjuangan PPBM sudah tersasar dari landasan awal.

Mereka yang telah menarik diri daripada menyertai perjuangan PPBM Datuk Hamidah Osman, Datuk Mohd Ezam Mohd Nor, Anina Saadudin, Kamarul Habibur Rahman dan Hasnita Hishamudin.

Ini terbukit apabila mereka yang bertindak keluar parti menyatakan perjuangan PPBM lebih kepada individu daripada kepentingan rakyat.

Ia turut dicemari dengan budaya fitnah dalam usaha untuk merebut jawatan mahupun sokongan. Malah pengasas parti turut terkena tempias dipinggirkan dari sebarang aktiviti.

Hormat menghormati juga terhakis dalam PPBM, ini jelas apabila Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghamburkan kata-kata kesat tehadap bekas Naib Presiden, Datuk Hamidah.

Hamidah dalam satu kenyataan berkata, beliau menerima penghinaan itu dengan hati yang terbuka.

"Apa yang Tun (Mahathir) cakap itu biasanya betul dan semua orang kena terima, beliau telah memerintah selama 22 tahun.

"Banyak suka duka yang saya lalui sepanjang berjuang bersama Tun, akhirnya saya digelar sampah kerana meninggalkan parti," katanya.

Hamidah berkata, beliau tidak akan sesekali melupakan pengalaman dan kenangan selama tiga tahun bersama perjuangan Tun Mahathir.

"Apabila manusia terdesak, tidak mustahil dia akan melakukan apa sahaja demi untuk memastikan cita-citanya tercapai," katanya


0 comments:

share2