Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 12, 2017

MAT SABU MENGAKU PAN 'KEMARUK KUASA'




Kuala Lumpur - Tanpa berselindung, Presiden PAN, Mohamad Sabu berkata parti yang dipimpinnya memang 'kemaruk kuasa' menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 bertujuan merampas kuasa daripada "orang gila".

“Memanglah (kemaruk kuasa), kami nak ambil kuasa. Kami bertanding kerana nak ambil kuasa, bukan nak seronok-seronok.

“Kita masuk pilihan raya sebab nak ambil kuasa dan gila kuasa. Sebab kita nak rampas kuasa daripada orang gila,” katanya seperti dipetik portal berita tempatan semasa menghadiri sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu (PPBM) di Petaling Jaya semalam.

Turut hadir Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Turut dilaporkan, PAN menjawab demikian selepas ditempelak kerana meluluskan usul menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali supaya mengkaji semula kedudukan PAS dalam kerajaan negeri.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi usul berkenaan dibuat ketika tiada sebarang masalah timbul dalam kerajaan negeri.

“Bagi saya, itu bukan soal pilihan raya tetapi soal kemaruk kepada kuasa,” katanya.

Terdahulu Mat Sabu mengumumkan penganjuran himpunan 100,000 Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi oleh Pakatan Harapan (PH) yang dijadual diadakan pada 14 Oktober ini di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).


0 comments:

share2