Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 12, 2017

[JERANTUT] LIMA INDIVIDU DIREMAN SPRM




Lima individu termasuk Pegawai Hutan dan Renjer Hutan Daerah Jerantut direman selama enam hari kerana memberi dan menerima rasuah untuk tidak mengambil tindakan terhadap aktiviti pembalakan haram di Jerantut.

Turut direman isteri kepada Pegawai Hutan Daerah Jerantut serta pemilik serta pengurus sebuah syarikat pembalakan.

Mereka yang berumur antara 40 hingga 50 tahun itu masing-masing ditahan di Pejabat Hutan daerah dan rumah masing-masing semalam.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman membenarkan permohonan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 17 September ini bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap kesalahan suspek yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian jutaan ringgit.

Permohonan reman itu dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Fadly Mohd Zamri.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (a) dan Sekyen 16 (a) (B) Alya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


0 comments:

share2