Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 9, 2017

CALON PILIHAN RAKYAT, BUKAN SEBAB LOBI - PM


NAJIB TUN RAZAK mengadakan sidang media selepas mempengerusikan


Kuala Lumpur - Dato' Sri Najib Tun Razak berkata, penentuan calon Barisan Nasional (BN) adalah bersandarkan pilihan rakyat dan bukannya melalui tindakan melobi yang dilakukan oleh parti-parti komponen.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, dalam hal itu, BN sudah membuat percaturan pembahagian kerusi secara muafakat dan setiap parti sudah menerima keputusan yang telah dibuat.

“Kita akan selesaikan (pembahagian kerusi) dalam keluarga muafakat BN. Mereka terima keputusan yang dibuat.

“Soal utama kita ialah bukan soal lobi tetapi soal apa yang dianggap sebagai pilihan dan kehendak rakyat perlu diberi pertimbangan utama,” katanya.


0 comments:

share2