Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 2, 2017

SPRM DIGESA SIASAT KERAJAAN P.PINANG BELI PENGIKTIRAFAN PALSU




Penang Front Party (PFP) mengesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kerajaan Pulau Pinang diketuai DAP yang didakwa membeli pengiktirafan palsu Europe Business Assembly (EBA) supaya dua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri itu dicalonkan dalam anugerah tahunan.

Menurut penasihat PFP, Datuk Patrick Ooi, Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai pemimpin tertinggi kerajaan negeri seharusnya membuat kenyataan mengenai isu itu.

“Beliau perlu memberi penjelasan adakah MPPP atau MPSP turut membuat bayaran wang kepada EBA, sebuah organisasi yang dikatakan tidak berwibawa.

“Saya harap SPRM akan melakukan siasatan terperinci mengenai perkara ini supaya kebenaran dan keadilan wang rakyat negeri ini dapat dituntut,” katanya di luar bangunan SPRM negeri hari ini.

Patrick berkata demikian selepas membuat laporan SPRM dengan mengemukakan laporan siasatan antarabangsa iaitu ‘The Center for Investigative Reporting of Serbia’ dan ‘The Organised Crime and Corruption Reporting Project’ yang membuat pendedahan kewujudan anugerah berkenaan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa pada 2013, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dicalonkan untuk menerima anugerah dalam senarai ‘The Best Cities’ dan ‘The Best Municipal Managers’ daripada EBA dengan membayar yuran penyertaan sebanyak RM20,680.

Sementara pada 2014, MPSP dicalonkan dalam ‘Best City’ dan ‘Best City Manager’ dengan yuran penyertaan sebanyak RM18,408.10.

Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk Maimunah Mohd Sharif dalam kenyataannya pada Sabtu lalu berkata pihaknya tidak menyedari EBA adalah sebuah badan antarabangsa yang mengaut keuntungan dengan menjual anugerah dan sijil palsu.


0 comments:

share2