Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 9, 2017

PAS CARI PENYELESAIAN BUKAN 'FITNAH DULU, BAYAR KEMUDIAN'




Keputusan PAS bersetuju dengan pelan rasionalisasi 1MDB mendatangkan rasa tidak senang ahli Pakatan Harapan terutama daripada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Rafizi menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, persetujuan dinyatakan Timbalan Presiden parti Datuk Tuan Ibrahim akan menjadi modal kepada Barisan Nasional bahawa parti PAS telah menghalalkan pemindahan hutang 1MDB kepada rakyat.

"Saya menasihatkan pimpinan PAS supaya lebih berhati-hati dan tidak terperangkap dengan permainan propaganda UMNO/Barisan Nasional yang hanya mahu menggunakan PAS untuk mengurangkan kritikan rakyat terhadap penyelewengan-penyelewengan yang telah berlaku di dalam 1MDB," kata Rafizi.

Guan Eng dalam pada itu menyoal samaada Tuan Ibrahim sebenarnya faham akan penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

“Saya tidak tahu sama ada mereka benar-benar faham apa yang Arul cakap kerana masih banyak persoalan belum dijawabnya.

“Saya rasa PAS patut jelaskan bagaimana mereka puas hati sedangkan kita sudah bayar banyak tetapi tidak ada apa-apa," katanya dalam sidang media, semalam.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan pemimpin Pakatan Harapan selepas PAS mengadakan sidang meja bulat bersama 1MDB bagi mendapatkan penjelasan terhadap pelan pengurangan hutang 1MDB.

Selain Tuan Ibrahim dan Arul Kanda, hadir sama didalam perbicangan berkenaan adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim serta wakil universiti tempatan

Tuan Ibrahim dalam kenyataan terbarunya mengulangi penegasan PAS akan kekal dengan pendirian parti sebelum ini bahawa 1MDB akan menjadi beban kepada negara sekiranya ianya tidak diselesaikan.

Katanya, malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan individu pertama yang mencadangkan agar siasatan dijalankan ke atas 1MDB, namun berbeza dengan parti pembangkang lain, PAS lebih gemar bertabayyun untuk mendapatkan penjelasan adil.

"Arul bersedia berjumpa dengan PAS barangkali mungkin kerana PAS mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera dan bukannya politik “fitnah dulu, bayar kemudian.”

"Ini bezanya PAS dengan parti-parti politik pembangkang yang lain. Memang ada beza antara yang mencari solusi dengan yang mencari publisiti," sindir Tuan Ibrahim.

PAS menyedari bahawa faedah hutang 1MDB akan terus bertambah sekiranya syarikat gagal melunaskan pembayaran dalam tempoh dibenarkan, namun membuka peluang kepada Arul Kanda untuk melaksanakan tugas diamanahkan kepadanya.

"Disebabkan PAS meragui kemampuan kerajaan dalam mengendalikan aset-aset negara dan memandangkan Kementerian Kewangan telah pun mengambil alih aset yang ada pada 1MDB dan diserahkan kepada MOF Incorporated, maka PAS berpendirian bahawa Menteri Kewangan perlu melaporkan kepada Parlimen dari semasa ke semasa.

"Ini bertujuan supaya ahli-ahli Parlimen dapat mengetahui dan memantau perkembangan aset-aset tersebut dan mengelakkan tidak timbul masalah baru jika tidak dikawal. 

"Kedua, PAS terus menggesa agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diwujudkan bagi menyiasat perkara yang mencetus kemelut dalam isu 1MDB," katanya lagi.


0 comments:

share2