Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 10, 2017

[LIPIS] JERIT SEKUAT HATI TENGOK ATAP RUMAH HILANG


Jerit sekuat hati tengok atap rumah hilang


Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kejadian ribut yang berlaku petang kelmarin menyebabkan atap kediamannya diterbangkan angin kencang.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Haslina Yusof @ Yatim, 38, bersendirian di rumahnya di Kampung Chegar Perah manakala suami, Ramli Mat Kassim, 40-an keluar ke kedai berhampiran.

Haslina berkata, hujan lebat berserta angin kencang yang berlaku lebih setengah jam itu menerbangkan kira-kira lima keping atap di bahagian dapur rumahnya.

“Masa kejadian saya duduk di ruang tamu sebelum terkejut dengar bunyi bising di dapur. Saya jengah ke dapur dan terkejut tengok beberapa keping atap sudah pun diterbangkan ribut.

“Saya menjerit sekuat hati sebelum berlari ke ruang tamu. Mujur juga suami serta dua orang anak saya balik ke rumah cepat,“ katanya selepas menerima kunjungan Adun Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dan Ketua Kampung Chegar Perah, di sini semalam.

Dalam pada itu, Mustapa bersimpati dengan kejadian ribut yang melanda kediaman keluarga Ramli.

“Syukur Alhamdulillah kerana tiada siapa yang cedera dalam kejadian ini. Penduduk kampung juga bergotong-royong memasang atap pemberian jiran tetangga di rumah keluarga Ramli,” katanya.


0 comments:

share2