Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 2, 2017

[KUANTAN] TIGA PEROMPAK BERSENJATA PARANG DICEKUP


PDRM


Tiga lelaki bersenjatakan parang dicekup polis selepas menyamun seorang pekebun sayur warga Indonesia di rumah kongsinya melibatkan kerugian RM8,600 dalam kejadian di Jalan Tanjung Lumpur, Kampung Sungai Soi di sini 22 Julai lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Othman Nayan berkata, dalam kejadian pada pukul 4 petang itu mangsa, 32 tahun dikatakan sedang berehat di rumahnya kongsinya sebelum ia dipecah masuk oleh suspek yang bersenjatakan parang .

"Suspek yang menutup muka dengan kain hitam kemudiannya mengugut mangsa supaya menyerahkan barangan berharga dan antara barangan yang diambil termasuk wang tunai RM400, dua telefon bimbit jenis Samsung, sebuah mesin racun penyembur, sebuah mesin rumput beroda dan dua unit bateri lori.

"Bertindak atas laporan, polis kemudian melakukan satu operasi khas dan berjaya menahan dua daripada suspek yang ketika itu sedang menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna perak dipercayai kereta curi di Batu 5, Jalan Gambang di sini pada 25 Julai.

"Kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 26 tahun didapati tidak mempunyai sebarang pekerjaan, dan mempunyai rekod jenayah lampau selain positif dadah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut, polis telah menemui pelbagai senjata tajam seperti pisau panjang, bayonet, pedang pendek dan tukul besi selain pelbagai peralatan pertukangan yang disyaki digunakan untuk memecah rumah.

"Selain itu polis juga menemui selaras senapang angin buatan sendiri, beg barangan kosmetik dan kotak gabus mengandungi aksesori telefon selain sebuah mesin rumput, lima botol racun rumput, sebuah pam air, segulung wayar dan tujuh pasang but,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut polis membawa kepada penahanan seorang lagi suspek lelaki berusia 19 tahun, juga positif dadah di Batu 5, Jalan Gambang pada 26 Julai lepas.

"Ketiga-tiga suspek mengaku melakukan jenayah terbabit dan mereka kini ditahan reman sehingga 7 Ogos depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.


0 comments:

share2