Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 31, 2017

'UTAMAKAN RAKYAT, BUKAN TUN M'




Kuala Lumpur: UMNO lebih menumpukan kepada pembelaan rakyat berbanding memikirkan kemasukan semula bekas presiden parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Dr Mahathir sudah hilang modal apabila mengumumkan tidak mahu kembali menyertai UMNO.

Katanya, kenyataan itu bercanggah dengan pendiriannya yang sudah beberapa kali keluar dan masuk parti.

"Saya pun mau tanya dia balik, kalau dia nak masuk UMNO, orang UMNO akan terima dia kah?, " katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bandar Tun Razak, di sini semalam.

Media semalam melaporkan Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak akan kembali kepada UMNO walaupun pernah menerajuinya selama 22 tahun sebagai presiden kerana mendakwa parti terbabit sudah rosak teruk disebabkan Datuk Seri Najib Razak.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, UMNO berada pada landasan yang tepat untuk memenangi pilihan raya umum (PRU-14) dan keyakinan itu begitu kuat, berbanding pilihan raya sebelum ini.

"Jentera kita sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa," katanya.


0 comments:

share2