Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 3, 2017

RABIES: KEMENTERIAN ARAH PANTAU SEKOLAH



Rabies: Kementerian arah pantau sekolah


Ipoh - Kementerian Pendidikan mengarahkan Jabatan Pendidikan Sarawak memberi khidmat nasihat kepada semua pengetua dan guru besar di negeri itu bagi memantau keadaan sekeliling berikutan penyebaran wabak anjing gila yang dikesan baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan berkata, laporan perlu dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi berkaitan jika berlaku situasi membahayakan di kawasan sekolah melibatkan haiwan berkenaan.

"Kita harus berhati-hati dalam apa juga keadaan kita harus mengawal persekitaran sekolah. Biasanya sekolah-sekolah ini berpagar tetapi ada sekolah-sekolah di kawasan pedalaman jarang berpagar berhampiran kampung dan sebagainya.

"Bagaimanapun saya rasa tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab semua dan pihak pengurusan sekolah perlu juga mengawal keadaan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Desa Pinji, Lahat, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan tiga kanak-kanak termasuk dua beradik di daerah Serian, Sarawak dijangkiti Rabies atau penyakit anjing gila.

Pihak kementerian menerima laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengenai kejadian kluster jangkitan rabies yang dinotifikasi dari Hospital Umum Sarawak, Kuching pada 22 Jun lalu.


0 comments:

share2