Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 18, 2017

[PEKAN] HICOM AUTOMOTIVE LANCAR PUSAT PENGECATAN BAHARU





Hicom Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd (HA) melancarkan pusat pengecatan berteknologi tinggi, seiring dengan hasrat syarikat mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pusat pemasangan kenderaan terpilih di rantau ini.

Pusat pengecatan ini telah dilancarkan sempena sambutan Aidilfitri yang dihadiri oleh Menteri Besar Pahang. Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob, Beliau juga telah dipertontonkan video operasi kilang pengecatan tersebut.

HA telah beroperasi di Pahang selama 30 tahun dan telah menghasilkan hampir 500,000 kenderaan penumpang dan komersial daripada 20 jenama antarabangsa termasuklah C class, E class, S class dan GLC class, FUSO dan MB Actros di bawah jenama Mercedes-Benz.

Pusat berteknologi tinggi ini akan membolehkan HA meningkatkan pengeluarannya dari 25,000 unit kepada 50,000 unit setiap tahun. Keyakinan ini berlandaskan kepada keupayaan pusat tersebut beroperasi sepanjang masa tanpa memerlukan tenaga kerja yang tinggi.

Pusat pengecatan terbaharu ini dilengkapi sistem pengecatan robotik bagi aplikasi salutan primer dan lapisan asas; satu ciri yang membolehkan HA mengurangkan masa pengeluaran sebanyak 50 peratus, berbanding dengan kaedah aplikasi manual.

Disamping itu, pusat ini juga dilengkapi dengan rnesin berputar E-shuttle 360 darjah Pretreatment Electro Dipping (PTED); sistem ini membolehkan rangka kenderaan (body-in-white) terendam sepenuhnya dalam salutan cat sekaligus menjamin aplikasi yang lebih serata, serta mengurangkan pembaziran cat yang lazimnya terjadi melalui proses pencelupan terdahulu.

Penambahbaikan yang konsisten di kilang ini menunjukkan komitmen DRB-HICOM untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan pembangunan sosio ekonomi yang mampan untuk negeri Pahang.

0 comments:

share2