Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 6, 2017

[MARAN] SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH PERLU DITERUSKAN


Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah perlu diteruskan


Amalan sambutan Aidilfitri peringkat sekolah perlu diteruskan bagi membentuk kesepakatan dan muhibah kalangan pendidik, ibu bapa dan pelajar.

Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato' Shahaniza Shamsuddin berkata, sambutan Aidilfitri ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang afdal dilaksanakan dalam menyambut Aidilfitri yang mulia.

Menurutnya, di samping bergembira, Aidilfitri yang diraikan ini membuka seribu ruang kemaafan sesama warga sekolah dan menjalinkan silaturahim yang lebih utuh sebagai sebuah keluarga.

"Masing-masing bawa kuih raya. Meriah. Teringat masa zaman sekolah rendah dulu. Masa tu gigih buat biskut Arab nak bawa ke sekolah. Bangga tunjuk kat cikgu kuih buat sendiri. Itu kira kuih paling moden lah. Kebanyakannya hanya ada kuih bahulu, kuih siput, kuih loyang dan kek pelangi.

"Hari ini, melihat kuih muih terhidang di meja, baru perasan kuih raya juga telah berubah mengikut peredaran zaman," katanya ketika menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan Jengka 3, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Adun Kuala Sentul berharap, amalan dan sambutan sebegini dapat diteruskan di semua sekolah peringat rendah mahu pun menengah.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Kuala Sentul. Semoga segala ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada ALLAH seterusnya mencari keredhaanNYA di dunia dan di akhirat," katanya.


0 comments:

share2