Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 14, 2017

[LIPIS] ‘HANCUR LULUH HATI SAYA'


‘Hancur luluh hati saya’


Isteri mana yang sanggup menerima kenyataan dirinya dicurangi suami apatah lagi dengan saudara kandung sendiri.

Itulah hakikat yang terpaksa dihadapi seorang wanita berusia 35 tahun yang dikenali dengan panggilan Ry.

Lebih memedihkan hati, suaminya sanggup 'makan luar' dengan adiknya semasa dia dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak bongsu kira-kira setahun lalu.

"Saya memang tak sangka. Lebih sakit hati saya ni bila suami sanggup makan luar dengan darah daging saya sendiri ketika saya sedang berpantang anak bongsu kami," katanya.

Ibu kepada empat anak ini berkata, pada mulanya dia tidak percaya suami dan adiknya yang ketika itu masih bawah umur sanggup melakukan perbuatan sumbang itu, namun beberapa bukti jelas menunjukkan kecurangan mereka.

Tambahnya, setelah diasak soalan bertubi-tubinya akhirnya mereka mengaku bercinta malah pernah terlanjur.

“Ketika mendengar pengakuan tu, hancur luluh hati saya. Tambahan pula saya sedang berpantang anak keempat ketika itu. Suami seolah-olah lupa pengorbanan saya mengandung dan melahirkan zuriat untuknya.

"Mujur juga saya tidak meroyan akibat perbuatan terkutuk mereka,” katanya.

Ry berkata, pada mulanya dia enggan membuat laporan polis berhubung perlakuan suaminya kerana memikirkan masa depan anak-anak yang masih kecil. Namun, atas nasihat ahli keluarga akhirnya dia bersetuju berbuat demikian bagi memberi pengajaran kepada suaminya.

Katanya, kini suaminya berada dalam tahanan penjara di negeri ini kerana tuduhan merogol dan jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman berat.

“Saya juga sedang dalam proses menuntut cerai dengan dia. Biarlah saya pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi membesar dan beri pendidikan terbaik buat anak-anak yang berusia setahun hingga 13 tahun.

“Saya juga dah memaafkan perbuatan adik dan sekarang dia pun dah berumah tangga dengan pilihan hatinya,” katanya.


0 comments:

share2