Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 30, 2017

[KUANTAN] TOURISM PAHANG KELUARKAN BAJU KONSEP NASIONALISME


Tourism Pahang keluarkan baju konsep nasionalisme


Usaha Tourism Pahang mempertingkatkan kempen dan promosi Tahun Melawat Pahang 2017, diteruskan melalui pengeluaran ‘baju’ berkonsepkan kenegaraan dan nasionalisme.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, dengan konsep baju yang membawakan tema ‘Saya Malaysia’ dan ‘Respect Malaysia’, semangat kenegaraan serta budaya menghormati dapat dipupuk dalam kalangan pembeli.

Katanya, secara tidak langsung melalui pengeluaran baju edisi khas Tourism Pahang tersebut dapat mempromosikan ‘Hogoh Pahang’ ke seluruh negara.

“Melalui baju Saya Malaysia khas Tourism Pahang dapat menggalakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat di negara ini manakala Respect Malaysia bagi tetamu negara (pelancong) lebih menjurus ke arah menghormati sosio-budaya Malaysia dan secara tidak langsung mempromosi negeri ini ke seluruh dunia.

“Kedua-dua rekaan merupakan salah satu produk baharu keluaran Tourism Pahang yang akan dijadikan antara pakaian utama dalam semua aktiviti promosi produk pelancongan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita dalam satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Baju Saya Malaysia dan Baju Respect Malaysia Edisi Khas Tourism Pahang.

Tourism Pahang menjalinkan usaha sama tersebut dengan sebuah syarikat pengeluar baju kenegaraan pertama, Syarikat Impact Media & Communication Sdn Bhd.

Dalam pada itu, menurutnya, pihaknya menyasarkan penjualan bagi kedua-dua baju eksklusif tersebut sebanyak 5,000 helai sehingga penghujung tahun in


0 comments:

share2