Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 26, 2017

[KUANTAN] PELANCONGAN PAHANG MENJALINKAN USAHASAMA DENGAN SYARIKAT PENGELUAR BAJU





Pelancongan Pahang menjalinkan usahasama dengan sebuah syarikat pengeluar baju kenegaraan yang pertama di Malaysia, Impact Media & Communication Sdn Bhd yang juga merupakan pemilik jenama baju “Saya Malaysia”. 

Menerusi jenama ini, syarikat mengeluarkan “Baju Saya Malaysia” dan “Baju Respect Malaysia”. semangat kenegaraan dapat disemai dalam diri warganegara Malaysia dan budaya menghormati di kalangan tetamu negara dapat dipupuk .

Kerjasama ini merupakan yang pertama diadakan dan Pelancongan Pahang merupakan agensi yang pertama mengeluarkan baju berkonsepkan kenegaraan dan nasionalisme yang secara langsung mempromosikan 'Hogoh Pahang' keseluruh negara.

Pelancaran kerjasama itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan & Kebudayaan Negeri Pahang, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin bersama Khairul Nizam Mahmood,Pengarah Urusan Impact Media & Communication Sdn Bhd.

Menerusi kerjasama ini, Tourism Pahang akan turut menerima 20% dari hasil jualan baju “Saya Malaysia” dan “Baju Respect Malaysia” Edisi Khas Tourism Pahang. Kedua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama ini selama 12 bulan dari tarikh pelancaran. 

Menerusi kerjasama ini, Baju Saya Malaysia Edisi Khas Tourism Pahang akan menggalakan semangat nasionalisme dan patriotism di kalangan warganegara Malaysia. Menerusi Baju Respect Malaysia Edisi Khas Tourism Pahang tetamu negara akan lebih menghormati sosio-budaya Malaysia dan dapat mempromosikan Pahang Darul Makmur ke seluruh dunia.

Pelancongan Pahang baju baju ini sebagai salah satu produk keluarannya. Baju ini akan dijadikan baju utama dalam semua aktiviti promosi produk pelancongan negeri Pahang. Baju ini akan dijual secara langsung oleh Pelancongan Pahang dan Impact Media & Communication Sdn Bhd melalui media sosial dan karnival-karnival di seluruh negara.

Baju “Saya Malaysia” dan “Baju Respect Malaysia” Edisi Khas Tourism Pahang ini dijual dalam pasaran pada harga RM25.00 - RM45.00 sahaja. Terdapat pelbagai saiz dari XS-SXL dalam keluaran berlengan pendek dan berlengan panjang. Baju Saya Malaysia mempunyai nombor identiti pada baju tersebut dan setiap pemilik mempunyai nombor yang berbeza. lanya turut mempunyai logo 'Hogoh Pahang' yang merupakan logo identiti negeri Pahang Darul Makmur.


0 comments:

share2