Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 4, 2017

[KUANTAN] LELAKI GAGAL SELAMATKAN DIRI DALAM KEBAKARAN


PDRM


Seorang lelaki dipercayai gagal menyelamatkan diri dalam satu kebakaran di Kampung Kubang Ikan,Cherating di sini semalam.

Mangsa,Hanafi Hassan,60 yang berasal dari Kampung Kubang Kurus Chukai,Kemaman ditemui rentung 100 peratus di seluruh badan di bahagian ruang tamu rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuantan,Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata sepasukan anggota polis dari Balai Polis Cherating bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam laporan kira-kira jam 12.44 tengah hari.

Menurutnya,sebanyak dua jentera dan 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng bertungkus lumus memadam kebakaran dan api dapat dikawal sepenuhnya sejam kemudian.

"Maklumat awal yang diterima terdapat mangsa terperangkap dalam rumah seorang diri dan dipercayai telah meninggal dunia.

"Siasatan awal dapati mangsa adalah rakan kepada pemilik rumah dan telah tinggal bersama pemilik rumah berusia 44 tahun sejak empat hari setelah keluar dari Hospital Kemaman,"katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, mangsa mengidap penyakit lumpuh dan tidak boleh berjalan tanpa bantuan oleh pemilik rumah yang turut dipercayai menjadi punca mangsa tidak dapat menyelamatkan diri.

"Semasa kejadian pemilik rumah dan isterinya yang berusia 48 tahun telah pergi ke Kemaman manakala mangsa tinggal bersendirian di rumah.

"Ketika berada di Kemaman, pemilik rumah telah menerima panggilan telefon daripada jiran memaklumkan rumahnya telah terbakar,"katanya lagi.

Tambahnya,siasatan di lokasi kejadian dapati rumah tersebut adalah jenis rumah kampung dengan sebahagian struktur di bahagian depan adalah simen manakala bahagian dapur adalah kayu.

Jelasnya,berdasarkan keterangan jiran api marak dengan cepat di bahagian struktur kayu dan kebanyakan jiran tidak mengetahui bahawa mangsa berada di dalam rumah semasa kejadian.

Sementara itu,kemusnahan bangunan lebih kurang 90 peratus manakala anggaran kerugian masih dalam siasatan.

"Siasatan awal punca kejadian masih dalam siasatan pihak Forensik Bomba dan siasatan awal punca kematian adalah disebabkan kebakaran.

"Bagaimana pun mayat mangsa telah dibawa ke hospital Kemaman untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,"katanya.


0 comments:

share2