Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 7, 2017

IBU MENINGGAL DUNIA DI SISI DUA ANAK KECIL


Ibu meninggal dunia di sisi dua anak kecil


Kulai - Seorang guru meninggal dunia di rumahnya di Taman Puteri, di sini di sisi dua anaknya yang masih kecil sebelum ditemui suaminya yang baru pulang bekerja kira-kira jam 8.30 malam, Selasa lalu.

Siti Rohana Redzuan, 36, yang mengajar di Sekolah Menengah sekitar Kulai ditemui dalam keadaan kaku di atas katil bersama dua anaknya yang berumur 19 bulan dan kira-kira sebulan.

Difahamkan suami Siti Rohana yang berumur 35 tahun bekerja sebagai pemandu lori pergi bekerja pada hari sama kira-kira jam 6.30 pagi ketika isterinya sedang nyenyak tidur.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said mengesahkan kejadian itu.

"Menurut suami wanita berkenaan, isterinya dalam tempoh bercuti selama lebih sebulan selepas melahirkan anak kedua mereka.

"Ketika suaminya sampai di rumah, didapati mangsa berada di atas katil dalam keadaan kaku.

"Pihak Hospital Kulai yang hadir di lokasi kejadian telah mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.




Razak berkata, semasa kejadian, kedua-dua anak mereka berada di kiri dan kanan mangsa dalam keadaan terjaga.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kulai bagi tujuan pengesahan punca kematian.

"Bedah siasat dijalankan pada jam 10 pagi semalam dan mengesahkan punca kematiannya disebabkan paru-paru berair dan masalah jantung," katanya.

Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada keluarga mangsa, bagaimanapun mereka enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.

Sebelum ini, tular kisah kematian wanita berkenaan di laman sosial.


0 comments:

share2