Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 11, 2017

BUNTU BILA ANAK MASIH HIDUP DIKATAKAN MATI


Buntu bila anak masih hidup dikatakan mati


Pasir Mas - Sepasang suami isteri buntu memikirkan masa depan anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun selepas kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada 3 Jun 2012 lalu sedangkan dia masih lagi hidup sehingga hari ini.

Lebih mengejutkan sijil kematian Nur Qistina Damia Muhammad Asram anak kedua kepada pasangan Muhammad Asram Othman, 34, dan isteri Aniyatul Akma Abdul Manan, 31, dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bukan itu sahaja, pasangan suami isteri itu turut berdepan tuduhan memalsukan kematian Nur Qistina oleh JPN.

Aniyatul Akma berkata, dia dan suami masih terkejut dengan perkara tersebut kerana anak kedua daripada lima beradik itu masih lagi sihat seperti kanak-kanak lain.

"Saya dan suami mendapat tahu berita kematian Nur Qistina Damia selepas dihubungi pihak sekolah ekoran masalah berhubung pendaftaran kemasukan ke darjah satu pada Mei lalu.

"Kata pihak sekolah lagi, Nur Qistina Damia sudah meninggal dunia selepas perkara tersebut disahkan oleh JPN Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita di Lemal.


0 comments:

share2