Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 19, 2017

TAWARAN LUMAYAN UNTUK JAGA RUMAH BERHANTU





Empat sekeluarga dari Scotland menawarkan wang tunai sebanyak £50,000 (RM273,353) setahun bagi mencari pengasuh/pembantu rumah yang sudi bekerja di kediaman keluarga mereka.

Mereka terpaksa menawarkan gaji lumayan itu bila mana empat pengasuh sebelum ini tidak tahan lalu meninggalkan kediaman tersebut yang dipercayai berhantu.

Dalam iklan yang disiarkan menerusi sebuah laman web pencarian kerja, keluarga tersebut mengiklankan, “Sebuah keluarga yang mempunyai dua kanak-kanak kecil berusia lima dan tujuh ingin mencari seorang pengasuh.”

Pemilik rumah itu turut mengatakan kesemua pengasuh anaknya yang terdahulu tidak bekerja dalam tempoh masa yang lama berikutan rumah itu didakwa berhantu.

Tuan rumah tidak menyembunyikan perkara itu apabila dalam iklan tersebut dia berterus-terang bahawa terdapat khabar angin mendakwa rumah mereka berhantu.

Namun, menurut pemiliknya, setelah 10 tahun tinggal di situ, mereka sekeluarga hidup aman dan tenteram dan menganggap ia adalah satu khabar angin yang disebarkan masyarakat setempat semata-mata.

Dan di atas sebab itulah, pasangan tersebut terpaksa menawarkan gaji lumayan buat sesiapa yang berminat untuk menjadi pengasuh anak mereka.


0 comments:

share2