Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 19, 2017

[JERANTUT] PENGARUH BESAR KUASA PENGGUNA


Pengaruh besar kuasa pengguna


Kuasa pengguna dapat menentukan turun naik harga sesuatu barangan di pasaran sekiranya mereka mengawal pembelian.

Ahli Parlimen, Dato' Ahmad Nazlan Idris berkata, pengguna seharusnya membeli barangan mengikut keperluan, bukan kehendak.

Katanya, harga barangan akan meningkat sekiranya berlaku permintaan yang tinggi.

“Saya menggesa pengguna agar bijak membeli berdasarkan keperluan dan bukan kehendak. Jika pengguna sekadar membeli mengikut keperluan, mereka secara tidak langsung dapat mengurangkan permintaan di pasaran, dan permintaan yang kurang sekali gus boleh merendahkan harga barangan di pasaran,” katanya ketika membuat tinjauan di Pasaraya Tunas Manja Group di daerah ini bersempena Lawatan Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2017 (SKHMP HRP 2017), semalam.

Lawatan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu turut disertai Ketua Cawangannya, Mohd Faizul Salleh dan Gerakan Persatuan Pengguna daerah ini.

Ahmad Nazlan juga berkata, bersempena musim perayaan ini, harga kawalan sedikit meningkat berbanding sepenuhnya, namun katanya, berdasarkan tinjauan yang dibuat, ia seperti tidak menjejaskan pengguna.

“Setakat ini tidak ada masalah yang timbul termasuklah bekalan untuk musim perayaan ini sama ada dari sudut bahan mentah atau bahan lain seperti minyak masak paket terutamanya dijamin mencukupi.

“Saya ingin menasihatkan kepada pengguna agar terus membuat aduan kepada pihak KPDNKK sekira terdapat sebarang masalah terutama dari sudut kekurangan bahan dan tidak mengambil langkah menularkan di laman sosial sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan pengguna lain,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut melancarkan PSKHMP HRP 2017 di mana sebanyak 20 barangan disenaraikan di bawah skim berkenaan.

Dalam ada tu, sebanyak 62 tindakan kes telah diambil KPDNKK Cawangan Jerantut ke atas peniaga daerah ini dan Lipis sejak Januari sehingga 15 Jun lalu.

Kesemua kesalahan di bawah akta yang dikuatkuasakan oleh KPDNKK itu membabitkan peniaga yang ingkar dan tidak mematuhi peraturan seperti kesalahan tanda harga, tanda harga yang mengelirukan dan kesalahan alat penimbang.

Mohd Faizul berkata, daripada 62 kes itu, sebanyak 2,556 premis telah diperiksa membabitkan nilai rampasan sebanyak RM2, 497.50 .

Tambahnya, pengguna di daerah ini dan Lipis boleh salurkan aduan kepada KPDNKK Jerantut di talian 09-2601374. Pengguna juga boleh emel ke alamat e-aduan@kpdnkk.gov.my atau SMS ke 15888 dengan menaip KPDNKK ADUAN diikuti dengan butiran aduan, atau hadir sendiri ke pejabat KPDNKK Jerantut,” katanya.


0 comments:

share2