Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 17, 2017

[ROMPIN] ‘HANYA ADA SATU TANGKAI'


‘Hanya ada satu tangkai’


Seorang wanita kesal selepas mendapati kurma jenis bertangkai seperti yang tertera pada kotak makanan sunnah itu tidak seperti digambarkan.

Kurma berkenaan yang rasanya dianggap lebih sedap berbanding kurma jenis lain itu adalah pemberian daripada seorang rakannya.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Liza mendakwa wujud unsur penipuan.

Menurutnya, pada kotak jelas tertera kurma bertangkai manakala bahagian pada kotak juga memaparkan bahagian dalam yang membuktikan ia bertangkai, namun keadaan sebaliknya apabila kotak kurma dibuka.

“Saya memang biasa makan kurma masa berbuka dan bersahur. Tahun-tahun sebelum ini pernah makan jenis bertangkai dan rasanya sedap, kawan yang beri pun kata ia sedap.

“Tapi saya rasa kecewa bila buka kotak masa nak berbuka, rupanya hanya ada satu tangkai pendek yang padanya kira-kira lima biji kurma manakala selebihnya tak bertangkai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini semalam.

Liza berkata, pengalamannya makan kurma jenis itu adalah sebaliknya iaitu ada tangkai yang panjang dan dipenuhi kurma yang masih melekat pada tangkai itu.

“Kalau bab rasa, memang tiada masalah. Apa yang nak saya persoalkan di sini bukan rasanya tapi kaedah pembungkusan yang seperti memperdaya atau menipu pelanggan. Kalau bertangkai...bagilah yang bertangkai semuanya. Bukan satu tangkai saja.

“Begitu juga dengan produk lain, kalau kata jual pau kari ayam, biar intinya ada ayam juga..bukan kentang semata-mata. Kita sebagai pelanggan kesal perkara ini masih berlaku.

“Saya harap penjual atau pembekal kurma ini tidak melakukannya lagi dan berniagalah dengan jujur manakala pengguna lain juga perlu berhati-hati ketika membeli supaya tidak tertipu,” katanya.


0 comments:

share2