Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 17, 2017

[BERA] 7 TAHUN DERITA SAKIT SARAF


7 tahun derita sakit saraf


“Masa mula-mula makcik cuma sakit pinggang, dan setiap kali berjalan mesti asyik jatuh. Tak sangka pula, rupa-rupanya makcik hidap sakit saraf.”

Demikian kata Adriah Mat Yassim, 72, yang mengidap penyakit berkenaan sejak 2010.

Menurutnya, dia kini banyak bergantung kepada suami dan anak-anaknya untuk bergerak.

Adriah mengalami masalah saraf dari pinggang hingga ke kakinya menyebabkannya tidak boleh berdiri atau berjalan.

Dia berkata, seharian dia akan duduk di katil, dan sesekali di kerusi roda jika mahu ke bilik air untuk mandi.

“Kalau ikutkan, makcik pun tak larat juga kalau asyik diangkat, sebab rasa sakit sangat. Sebab tu, makcik banyak duduk di katil ni.

“Sesekali, makcik urut-urut kaki, buat latihan tangan sebab bimbang penyakit melarat ke tangan pula. Ini pun dah rasa kebas-kebas,” katanya.

Suaminya, Othman Hamid, 73, memberitahu, dalam tempoh dua tahun pertama diserang penyakit itu, isterinya masih mampu berjalan, dan keadaan mula makin teruk apabila Adriah perlu memakai lampin pakai buang sejak lima tahun lalu.

Katanya, dalam keadaan dirinya yang kurang sihat, dia perlu membantu mengangkat isterinya dari katil ke kerusi roda.

“Pakcik pun kurang sihat, tapi kenalah buat. Dia isteri saya, tanggungjawab saya. Tapi, anak-anak ada membantu,” katanya.

Sementara itu, anak mereka, Noreniza, 33, yang tinggal bersama berkata, dia baru menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 pada tahun ini kerana menjaga ibunya.

Difahamkan, walaupun bantuan itu tidak mencukupi untuk membeli lampin pakai buang, susu dan keperluan harian ibunya dalam tempoh sebulan, adik-beradik yang lain turut membantu mengikut kemampuan masing-masing.


0 comments:

share2