Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 11, 2017

PERENANG NEGARA PECAH REKOD SENDIRI


Welson Sim


Perenang negara, Welson Sim dilaporkan berjaya memecahkan rekod nasionalnya sendiri dalam acara 400m gaya bebas apabila meraih pingat emas dalam kejohanan Mare Nostrum di Monaco pada Ahad.

Memetik laporan The Star, perenang berusia 20 tahun itu menang bergaya dengan menewaskan juara Olimpik, Mack Horton dari Australia, untuk pingat emas itu.

Welson memadamkan rekodnya sebelum; 3:50.33; pada Mac tahun lepas dengan catatan masa 3: 49.48 untuk pingat emas.

Horton mencatatkan masa 3:50.13 untuk perak manakala China Qiu ziao di tempat ketiga dengan catatan masa 3:51.18.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Twitternya menyampaikan ucapan penghargaan terhadap pencapaian Welson.

"Tahniah perenang kita WelsonSim, raih pingat emas di kejohanan Monaco, pecah rekod kebangsaan & tewaskan juara Olimpik! Manis kemenangan ini." tulis beliau menerusi muatnaik kenyataan di Twitternya, hari ini.


0 comments:

share2