Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 11, 2017

[PEKAN] TIGA BLOK RUMAH KONGSI TERBAKAR, 28 PEKERJA SELAMAT


Kebakaran baru


Seramai 28 pekerja ladang warganegara Indonesia selamat dalam kebakaran melibatkan tiga blok rumah kongsi di Ladang Sungai Bebar Selatan, Nenasi di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi Mohd Fadzirllah Zainal Abidin berkata kebakaran kira-kira jam 9 pagi itu dipercayai berpunca daripada bahagian dapur sebuah rumah di hujung blok itu.

"Setiap blok rumah mempunyai enam buah rumah. Kebakaran merebak dengan cepat kerana rumah itu diperbuat daripada kayu. Anggota bomba juga mengambil masa untuk masuk ke kawasan ladang yang mempunyai jalan tanah merah dan agak jauh dari jalan besar.

"Bomba juga menggunakan punca air terbuka iaitu parit di ladang sawit itu untuk memadamkan api," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya sebuah jentera bomba dengan seorang pegawai dan tiga anggota bomba dapat mengawal api pada jam 10.12 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.15 tengah hari.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


0 comments:

share2