Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 2, 2017

MINI COOPER NYARIS HANYUT DI PANTAI LANGKAWI


mini cooper


Menakutkan bila membayangkan sebuah kereta nyaris hanyut di laut. Namun kejadian ini memang benar-benar berlaku dan kini ia sedang menjadi tular di media sosial.

Sebuah kereta jenis Mini Cooper S telah tersadai di persisiran Pantai Tengah Langkawi dan difahamkan kenderaan itu telah tersangkut di pasir pantai.

Kejadian ini berlaku apabila pemiliknya yang merupakan seorang pelancong telah melalui jalan yang salah sehinggakan keretanya tersangkut.

Menurut sumber daripada akaun Facebook, Laporan Kemalangan, Bencana & Khidmat Masyarakat Di Langkawi yang berkongsi berita ini mengatakan kejadian yang berlaku ini tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.



"Pemandu kereta Mini Cooper S dari luar ini pergi ke pantai melalui jalan tepi Royal Suite Frangipani.

"Apabila mahu membuat pusingan U, kereta ini tersangkut di pasir pantai. Setelah air pasang, kereta itu sedikit demi sedikit dimasuki air tetapi mereka semua selamat," tulis laman sosial itu.

Antara komen yang ditinggalkan di ruangan komen oleh netizen,

Muhd Basier Abd Mutalib: Banyakkan sabar tuan kereta

Zaff Zaffan: Dugaan...

Roslina Che Omar: Abeh la keta mahai nihhh

Betul lah pepatah ada mengatakan yang malang memang tidak berbau, semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua untuk lebih berhati dan lebih peka dengan kawasan yang tidak selamat untuk kereta anda lalu.

Apa pun status daripada perkongsian ini juga telah mengucapkan terima kasih kepada beach boy yang sudi membantu pemandu tersebut.

“Terima kasih diucapkan kepada #BeachBoy yang sudi membantu.”


0 comments:

share2