Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 1, 2017

MH128 TERPAKSA BERPATAH BALIK KERANA PENUMPANG BUAT KACAU


MH128 terpaksa patah balik kerana penumpang buat kacau


Shah Alam - Pesawat Malaysia Airlines MH128 yang berlepas dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur, hari ini terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas menerima gangguan daripada seorang penumpang.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, ekoran kejadian itu, juru terbang MH128 berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine disebabkan oleh kejadian penumpang mabuk.

"Malaysia Airlines sentiasa mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dan saya dimaklumkan bahawa anak-anak kapal telah berjaya mengawal penumpang tersebut dan apabila pesawat itu mendarat, mereka telah segera menghubungi pihak keselamatan lapangan terbang.

'Ketika ini, saya masih belum terima maklumat sama ada pesawat akan berlepas semula tetapi suspek dipercayai merupakan seorang warga Sri Lanka," katanya dalam satu kenyataan awal pagi tadi.


0 comments:

share2