Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 22, 2017

[KUANTAN] PERLU URUS SUMBANGAN DENGAN BERHEMAH


Perlu urus sumbangan dengan berhemah


Sumbangan yang diterima pada bulan puasa perlu diuruskan dengan berhemah bagi menampung keperluan pada bulan akan datang.

Demikian kata Pemegang Amanah Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitul Husna di Pelindung, Nur Hasanin Ahmad.

Menurutnya, tidak dinafikan banyak pihak menghulurkan sumbangan kepada 37 penghuni di rumah perlindungan berkenaan.

"Bagaimana pun itu adalah cabaran kepada pihak pengurusan untuk menguruskan sumbangan terbabit.

"Ini kerana kita perlu memastikan perbelanjaan untuk sepanjang tahun mencukupi,"katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih Pemuda Umno Indera Mahkota di situ, hari ini.

Hadir menyampaikan sumbangan, Ketua Pemuda Umno Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim.

Nur Hasanin berkata, penghuni di rumah itu sentiasa dikunjungi oleh pelbagai pihak sepanjang Ramadan.

Katanya, sumbangan yang diterima adalah dalam pelbagai bentuk sana ada kewangan atau keperluan harian.

Sementara itu , Muhammad Faiz berkata, pihaknya turun padang ke beberapa rumah perlindungan anak yatim dan memberikan sumbang duit raya.

"Kita harap mereka gembira dan menggalakkan lebih ramai penderma dapat membantu,"katanya.


0 comments:

share2