Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 9, 2017

[KUANTAN] 'JANGAN MAIN-MAIN SOAL REZEKI'


'Jangan main-main soal rezeki'
Gambar Hiasan


"Bila dah masuk mulut, rasa masam...tak sangka dah basi," kata seorang pelanggan yang kesal selepas mengetahui keadaan kuih tepung pelita yang dibelinya di bazar Ramadan berdekatan sudah lagi tidak boleh dimakan. 

Susyila Burhanuddin, 36, dari Indera Mahkota berkata, pada pandangan mata kasarnya kuih yang dijual itu pada mulanya masih dalam keadaan baik.

Menurutnya, mujur hidangan basi berkenaan tidak memberikan sebarang kesan sampingan.

“Bila berlaku macam ni saya terkilanlah. Saya nasihatkan kepada peniaga jangan main-main soal rezeki. Jangan aniaya pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.


0 comments:

share2