Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 13, 2017

KDN SAHKAN DAESH MALAYSIA MAUT DI IRAQ


KDN sahkan Daesh Malaysia maut di Iraq


Bagan Datuk - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan kematian salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat dengan militan Daesh dikenali sebagai Mohd Nizam Ariffin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kematian Mohd Nizam atau dikenali sebagai Abu Afghan diperoleh melalui perisikan yang memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kematian beliau (Mohd Nizam) adalah selepas Muhammad Wanndy Mohamed Jedi dan pihak perisikan memaklumkan kepada PDRM bahawa Mohd Nizam meninggal dunia ketika bertempur dengan tentera kerajaan Iraq.

"Kematian ini adalah merupakan satu kematian yang pada tanggapan kerajaan sebagai satu kematian pengganas yang datang dari Malaysia," katanya ketika sidang media selepas Program Jelajah Agropreneur Muda Peringkat Negeri Perak, di sini, semalam.

Ahmad Zahid turut menegaskan kerajaan Malaysia tidak akan mengiktiraf fatwa daripada mana-mana pihak mengatakan bahawa kematian Mohd Nizam sebagai syahid.

"Pengesahan ini adalah untuk menyebutkan bahawa kerajaan tidak akan mengusahakan membawa pulang mayat berkenaan kerana beliau melakukan kesalahan atas risiko yang ditanggungnya sendiri.

"Jika ahli keluarga Mohd Nizam ingin membawa pulang mayatnya mereka hendaklah berhubung dengan rakan-rakannya," katanya.


0 comments:

share2