Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 19, 2017

JEJANTAS RUNTUH, DIREMPUH TRELER


Jejantas runtuh, dirempuh treler


Klang - Jejantas di Batu 8, Jalan Meru berhadapan pasaraya NSK Meru runtuh selepas dirempuh sebuah treler dalam kejadian jam 7.30 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Athan berkata, berdasarkan makluman saksi, kejadian berlaku selepas sebuah treler telah terlanggar bucu jejantas berkenaan.

"Akibat rempuhan itu, bahagian kanan jejantas runtuh serta merta.

"Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dalam insiden itu," katanya.

Berikutan itu, katanya, pihak bomba telah memasang tali halangan bomba di sekitar lokasi kejadian bagi menghalang orang awam melalui kawasan tersebut atas faktor keselamatan.

"Kita kemudiannya menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis dan Jabatan Kerjaraya (JKR) di lokasi untuk tindakan lanjut," katanya.


0 comments:

share2