Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 19, 2017

[KUANTAN] ‘SAYA RASA MACAM MIMPI'


‘Saya rasa macam mimpi’


Peluang bertentang mata bersama Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bagi dua nelayan disifatkan menjadi momen yang akan diingati sampai bila-bila.

Fauzi Umar, 60 dan Ramli Isa, 49 bertemu Menteri Pertahanan ketika kunjungan beliau ke Kapal Diraja (KD) Lekiu, di sini.

Kedua-duanya turut menerima sumbangan biskut raya daripada Hishamuddin, selain dapat beramah mesra di atas kapal tersebut.

Menyifatkan ia satu kenangan manis, Fauzi dan Ramli tidak menjangka akan mendapat peluang keemasan tersebut.

Fauzi yang menetap di Inderasempurna di sini berkata, dia menganggap ia satu mimpi yang tidak pernah difikirkan selepas bergelar nelayan sejak 1971 hingga kini.

“Tak sangka dapat layan sebegini daripada seorang menteri tetapi saya berharap kerajaan dapat membantu golongan nelayan seperti kami kerana hasil tangkapan pun tidak selumayan dulu.

“Beberapa hari di atas bot, hasil tangkapan tidak seperti yang diharapkan dan pencerobohan nelayan asing turut banyak menjejaskan sumber pencarian kami,” katanya.

Perkara itu turut diakui bagi Ramli yang tinggal di Tanjung Api,mereka kini sukar mencari rezeki dan penggunaan pukat tunda oleh nelayan asing seperti Myanmar banyak menjejaskan nelayan tempatan.

“Susah nak cari makan sekarang, pergi beberapa hari pun hasil tak sebanyak dulu,” katanya.

Menurutnya, dia mengharapkan nasib nelayan seperti mereka terus mendapat perhatian kerajaan.


0 comments:

share2