Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 18, 2017

INI SEMUA KOMPLOT HENDAK JATUHKAN PM


Muhyiddin Yassin


Shah Alam - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di dakwa tidak layak untuk membuat apa-apa komen terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam isu kenyataan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) yang terbaru ini.

Ini kerana menurut, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, wujud pendapat yang mengatakan bahawa dokumen DOJ tersebut dikarang oleh orang Malaysia.

"Ini semua komplot nak jatuhkan Perdana Menteri sama saperti 'Rome Summit' yang saya pernah membongkar pada Mei 2015," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh itu, katanya, Muhyiddin terlebih dahulu perlu menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Mohamed Hafiz Azhar, Exco Armada mengenai skandal Nika Ghee.

"Hari ini genap setahun skandal Nika Ghee terbongkar. Saya juga menyeru supaya Muhyiddin terlebih dahulu isytihar kekayaan kaum keluarga sebelum mahu berlagak seperti seorang yang bermoral tinggi," katanya.

Katanya lagi, "jangan jadi seorang munafik sebab semua orang tahu sangat siapa Tan Sri sebenarnya. Maka sebab itulah Pakatan Harapan pun menolak Muhyiddin,".

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Muhyiddin mendesak agar Peguam Negara bertindak memulakan proses pendakwaan dengan segera berkaitan dengan isu 1MDB

Menurutnya, beliau berasa kecewa dengan kenyataan Peguam Negara yang mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah dilakukan oleh sesiapapun dalam kes tersebut.

Sementara itu, Muhyiddin juga meminta agar Peguam Negara jangan menghalang proses keadilan mengenai isu ini.

Terdahulu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengumumkan saman pelucutan sivil terbarunya untuk merampas AS$540 juta dalam aset yang dibeli dengan dana didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Pemfailan pertama bagi pelucutan aset bernilai AS$1 bilion dibuat pada 21 Julai tahun lalu, dengan penyiasat AS berkata, rakyat Malaysia telah ditipu pada skala besar-besaran.

Ketika itu, mereka mengumumkan lebih AS$3 bilion didakwa diselewengkan daripada 1MDB dan berusaha untuk merampas kira-kira AS$1 bilion aset haram.

Dalam satu kenyataan yang ketiga dan terbaru, DOJ meletakkan angka yang didakwa diselewengkan itu pada AS$4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas AS$1.7 bilion dalam aset yang dipercayai diperolehi dengan menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB.


0 comments:

share2