Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 26, 2017

JANGAN BERI RUANG PENGEKSPLOITASI KESELAMATAN


Jangan beri ruang pengeksploitasi keselamatan


Putrajaya - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak memberi ruang dan peluang kepada pihak yang cuba mengeksploitasikan keselamatan dan keamanan negara.

"Jangan benarkan pihak yang cuba hancurkan keharmonian ini. Jika kita benarkan... mereka yang tidak bertanggungjawab akan eksploitasikannya, sukar untuk kita pulihkan balik nanti, "katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di sini, semalam.

Lantaran itu, Hishammuddin menasihatkan semua lapisan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini supaya memanfaatkan keamanan yang dikecapi khasnya ketika musim perayaan Aidilfitri ini.

"Saya terharu hari ini kerana dalam dunia yang penuh perpecahan, kepelbagaian dalam negara kita adalah sumber kekuatan.

"Ini membuktikan rakyat di luar sana berada dalam landasan baik untuk terus mempertahankan apa yang kita kecapi," tambahnya. 


0 comments:

share2