Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 10, 2017

DILANGGAR KERETA NAMUN TIADA YANG BANTU


Dilanggar kereta namun tiada yang bantu


Henan - Tindakan orang ramai yang tidak menghiraukan malah tidak membantu seorang wanita yang terbaring tidak sedarkan diri selepas dilanggar kereta dikecam selepas video kemalangan tersebut tular di China.

Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku di Zhumadian, wilayah Henan dan dimuat naik di media sosial pada Rabu.

Dalam rakaman tersebut, seorang wanita dilanggar oleh sebuah teksi ketika dia sedang melintas jalan menyebabkan dia jatuh dan tidak sedarkan diri.

Walaupun terdapat kira-kira 30 pejalan kaki, penunggang motosikal dan pemandu berada di lokasi kejadian, namun tiada siapa yang membantu mangsa, malah ada pemandu hanya memperlahankan kenderaan untuk melihat mangsa.

Wanita itu akhirnya dibantu oleh seorang pemandu pacuan empat roda yang memberhentikan keretanya.

Mangsa bagaimapaun meningga dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Sementara itu, polis memberitahu laman web berita Cover News, pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu sedang disiasat manakala wanita yang identitinya tidak dinyatakan dalam laporan meninggal dunia akibat kecederaan.

Video itu menimbulkan kecaman netizen yang rata-ratanya mempertikaikan sikap masyarakat China yang tidak berperikemanusian untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan.

"Begitu ramai orang yang berada di lokasi kejadian, namun tiada siapa pun ambil peduli," tulis netizen dipetik South China Morning Post.


0 comments:

share2