Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 12, 2017

'BOM JANGKA' AKHIRNYA BERJAYA DIKELUARKAN DOKTOR




Beijing – Sekumpulan pakar bedah di China berjaya mengeluarkan objek berukuran 72 sentimeter daripada badan seorang lelaki dalam satu prosedur pembedahan yang dijalankan di sebuah hospital di bandar Shanghai baru-baru ini.

Pakar perubatan, Dr. Yin Lu dan pasukannya pada Jumaat mengambil masa selama tiga jam bagi membuang ‘bom jangka’ seberat 13 kilogram itu yang dikatakan merupakan sebahagian usus besar daripada pesakit berkenaan.

“Kami terkejut besar ketika melihat perut lelaki berkenaan, ia seperti bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa,” kata Dr. Lu memetik portal Dailymirror.




Lelaki berusia 22 tahun itu pada mulanya menganggap perutnya yang kembung itu adalah disebabkan angin dan masalah sembelit, namun dia tidak menyedari ia sebenarnya merupakan najis dan gas yang terkumpul.

Penyakit radang usus yang dihidap lelaki itu dikenali sebagai Hirshprung’s Disease (HD), iaitu sejenis penyakit ganjil yang berlaku dalam setiap 5,000 kelahiran.




Penyakit HD ini kebiasaanya dikesan sewaktu individu itu masih kecil namun kebanyakan tidak menyedarinya sehinggalah meningkat dewasa.

Ia menyebabkan mangsa hilang daya kawalan untuk membuang air besar secara normal, membuatkan perut pesakit akan mengembung bak wanita hamil yang sedang mengandung.

Ia mungkin terjadi disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

Namun penyakit HD ini tidak mempunyai punca-punca yang jelas, di mana ada yang mengatakan ia merupakan penyakit yang diwarisi daripada keluarga.


0 comments:

share2